Posts

Showing posts from July, 2022

Demi Maruah Mu Dunia Akhirat

​ Haruskah aku luahkan Isihati dan perasaan  Melihat mu jaga dalam kegelapan Jalan pertunjuk kau ketepikan Sedang itu jejak kebenaran Tak sanggup aku lihat dan tanggung Semua kejelekan sikap bawaanmu Didakap kasih sayang tak kau mengertikan Kerana maruah mu makin cemar  Begitu jua kesan fikiranku Melihat keegoan diwajahmu Membenak dalam hatiku kesakitan Sampai waktu aku terpaksa putuskan Jalan ketegasan demi kebenaran Haluan hidupmu membimbing masa hadapan Usah kau tambat kebencian dihatimu Kerana luka itu sudah pun berputik Runtuh hatiku dan fikiranku  Kau buat ianya sebagai mainan sendaan Ketahuilah ; runtunan nafsu itu berpanjangan Harus diingat dan diikat asas pegangan Tekadkan diri merubah sikap keterlaluan Muga ada butir cahaya menuntunmu Dalam memahami hidayah kehidupan Bila kau meminta diri ini Untuk membuat keputusan Tak mungkin dapat kulakukan Ini diluar kemampuanku Dan hati ini sukar menerima Hakikat sebenar aku tak terdaya Kerana sikapmu yang buat tak kesah Me...