Posts

Showing posts from May, 2020

AGENDA PENDERHAKAAN MAHATHIR.

[PEJUANG MAYA] [KOMPLOT PENDERHAKA AGONG MAHU JATUHKAN MUHYIDDIN] 1. YANG Di-Pertuan Agong  Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 18 Mei lalu, dengan tegas bertitah mengingatkan pemimpin politik agar menghormati Kerajaan Perikatan Nasional yang ditubuhkan mengikut saluran Perlembagaan. 2. Malah Baginda diakhir titahnya juga sekali lagi mengingatkan kesemua 222 Ahli Parlimen agar tidak engheret negara sekali lagi ke kancah politik yang tidak menentu ketika rakyat jelata masih berhadapan dengan pelbagai masalah dan masa depan yang sukar akibat pandemik COVID-19. 3. Dalam titahnya juga, Baginda berulang kali menggunakan ayat 'KERAJAAN BETA' sebagai memperingatkan semua ahli politik bahawa kedudukan Baginda adalah yang paling tinggi di negara ini dan wajar ditaati seperti termaktubnya dalam Rukun Negara iaitu Kesetiaan Kepada Raja dan Negara. 4. Malangnya hanya 10 hari selepas titah tegas Baginda, sudah ada pemimpin politik dari blok pembangkang terus meny...