Posts

Showing posts from 2020

Takwa Jadi Ukuran Kemuliaan

SESIAPA SAJA MAMPU BERTAKWA BILA SUDAH FAHAM AGAMA DAN FAHAM TENTANG NIKMAT DAN RAHMATNYA. Sesuatu yang sudah disepakati oleh semua cerdik pandai agama, ialah penilaian kemuliaan seseorang itu adalah taqwa.  Ini sudah jelas termaktub di dalam al Quran sebagaimana Firman Allah SWT yzng maksudNya : " Wahai manusia sesungguhnya Kami ciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku untuk saling kenal-mengenal, sesungguhnya yang paling mulia di antara kamu adalah orang-orang yang bertakwa"  (Q.S. Al-Hujurat [49]: 13). Juga diterangkan oleh JunjungN Besar Nabi Muhamad SAW : “Wahai manusia! Sesungguhnya tuhan kamu sama, bapa kamu sama (Adam). Ketahuilah! Tiada kelebihan orang Arab ke atas ‘ajam (yang bukan Arab), atau ‘ajam ke atas Arab, atau yang berkulit merah ke atas yang berkulit hitam, atau yang berkulit hitam ke atas yang berkulit merah melainkan ketakwaan”  (Riwayat Ahmad dan al-Baihaqi,) Syarat utama taqwa...

AGENDA PENDERHAKAAN MAHATHIR.

[PEJUANG MAYA] [KOMPLOT PENDERHAKA AGONG MAHU JATUHKAN MUHYIDDIN] 1. YANG Di-Pertuan Agong  Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 18 Mei lalu, dengan tegas bertitah mengingatkan pemimpin politik agar menghormati Kerajaan Perikatan Nasional yang ditubuhkan mengikut saluran Perlembagaan. 2. Malah Baginda diakhir titahnya juga sekali lagi mengingatkan kesemua 222 Ahli Parlimen agar tidak engheret negara sekali lagi ke kancah politik yang tidak menentu ketika rakyat jelata masih berhadapan dengan pelbagai masalah dan masa depan yang sukar akibat pandemik COVID-19. 3. Dalam titahnya juga, Baginda berulang kali menggunakan ayat 'KERAJAAN BETA' sebagai memperingatkan semua ahli politik bahawa kedudukan Baginda adalah yang paling tinggi di negara ini dan wajar ditaati seperti termaktubnya dalam Rukun Negara iaitu Kesetiaan Kepada Raja dan Negara. 4. Malangnya hanya 10 hari selepas titah tegas Baginda, sudah ada pemimpin politik dari blok pembangkang terus meny...