Posts

Showing posts from 2014

Sumber Anti Hadis

بسم الله الر حمن الر حيم Akhir-akhir ini, masyarakat didedahkan kembali kepada pemikiran golongan yang menolak hadis di dalam sistem perundangan Islam, dikenali sebagai golongan “anti-hadis”. Walaupun pada zahirnya mereka merupakan sebuah aliran yang ‘hanya mempertikaikan kedudukan hadis sebagai sumber hukum’, mereka sebenarnya membawa satu cara pemahaman dan penafsiran baru terhadap sejarah awal umat Islam dan sumber perundangan yang harus menjadi rujukan.   Lantas pentafsiran dan pemahaman baru ini menimbulkan satu kerangka konsep, ideologi dan cara-hidup dan berlainan dari apa yang dipegang oleh umat Islam selama ini.   Pada zahirnya mereka menggunakan prinsip bahawa Islam memberi kebebasan kepada mereka membuat tafsiran dan berpegang kepada tafsiran yang mereka yakini, di atas prinsip Islam membenarkan perbezaan pendapat.   Namun, perlu diingat, perbezaan pendapat antara kita harus diasaskan kepada satu titik tolak yang dipersetujui bersama, yakni kita berpegang kepad