Posts

Showing posts from January, 2013

Syiah sejarah dan pengajarannya khusus buat Umat Islam

بسم الله الر حمن الر حيم Sudah banyak diperkatakan tentang mazhab Syiah, tetapi topic tersebut masih timbul tenggelam dari masa ke semasa hingga kadang kadang orang ramai terkeliru .Hingga hari ini masih ada orang yang bertanya : Apakah itu Syiah ? Dan sejauh mana perbedaannya dengan pegangan umat Islam yang lain ? Memang Banyak . Salah faham terhadap aliran tersebut hingga ramai orang yang menganggap mazhad Syiah seratus peratus menyalahi akidah dan mereka terkeluar dari Islam. Dalam pada itu ada pula bukti sejarah yang menunjukkan banyak pemesungan berlaku akibat kerenah orang orang Syiah. Kebanyakan orang Islam tentu tahu bahawa ada perbedaan diantara aliran Syiah dengan dasar Ahli Sunnah Wal Jama’ah. Tetapi yang menjadi masaalah ialah memastikan samada ajaran Syiah itu telah menyebabkan penganutnya terkeluar dari Islam ? Atau masih dianggap Islam juga ? Setengah orang menganggap   perbedaan itu menyentuh urusan cabang (far’iyyah) sahaja, sedangkan ada ulama yang berkata p