Demi Maruah Mu Dunia Akhirat

Haruskah aku luahkan

Isihati dan perasaan 

Melihat mu jaga dalam kegelapan

Jalan pertunjuk kau ketepikan

Sedang itu jejak kebenaran


Tak sanggup aku lihat dan tanggung

Semua kejelekan sikap bawaanmu

Didakap kasih sayang tak kau mengertikan

Kerana maruah mu makin cemar 

Begitu jua kesan fikiranku

Melihat keegoan diwajahmu

Membenak dalam hatiku kesakitan


Sampai waktu aku terpaksa putuskan

Jalan ketegasan demi kebenaran

Haluan hidupmu membimbing masa hadapan

Usah kau tambat kebencian dihatimu

Kerana luka itu sudah pun berputik

Runtuh hatiku dan fikiranku 

Kau buat ianya sebagai mainan sendaan


Ketahuilah ; runtunan nafsu itu berpanjangan

Harus diingat dan diikat asas pegangan

Tekadkan diri merubah sikap keterlaluan

Muga ada butir cahaya menuntunmu

Dalam memahami hidayah kehidupan


Bila kau meminta diri ini

Untuk membuat keputusan

Tak mungkin dapat kulakukan

Ini diluar kemampuanku

Dan hati ini sukar menerima

Hakikat sebenar aku tak terdaya


Kerana sikapmu yang buat tak kesah

Menanggapi diri punya maruah 

Mampu menepis segala tomahan

Natijahnya itu jalan kesesatan

Kerana itu jejak hidup terlarang


Hindarilah perlahan lahan 

Jauhilah dengan adab dan kesopanan

Demi maruah diri yang berkekalan

Sepanjang hayat menilai adab dan pegangan

Meniti bahagia sendirian

Jalan terakhir dikafankan tuju kekuburan

Jauhi sama sekali sikap tidak peduli

Berpegangan dan bersentuhan dengan bukan mahram

Usah biarkan ianya satu kesenangan nafsu

Kerana yang didambakan itu runtunan nafsu

Zina terlarang terang terangan 

Selagi engkau belum diijabkabulkan!!


*اِلهِي*   الهي*   الهي*


لَسْتُ لِلْفِرْدَوْسِ اَهلاً,


وَ لاَ اَقْوَي عَلَي النَّارِ الْجَحِيْمِ,


فَهَبْ لِي تَوْبَةً وَ اغْفِرْ ذُنُوْبِي,


*اغفر ذنوبي*   اغفر ذنوبي*


فَاِنَّكَ غَافِرُ الذَنْبِ الْعَظِيْمِ


Wahai Tuhan, 


Aku tak layak ke surgaMu


Namun tak pula aku sanggup ke nerakaMu


Ampunkan dosaku, 


TerimaLah taubatku


Sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa 


besar


**الهي** الهي**


::TintaSeorangAyah::

Comments

Popular posts from this blog

JUSTLY SHARING

Penggemar seni suara merbuk /perkutut Thailand/Siam

ASAS BERTIKTOK