Iktikad Islam Jalan ke Syurga

[Muslim Munafikun Mukalaf dan Kesesatan]
Orang2 Umno Orang2 Pas dll wajib bermuhasabah diri memuji menyakini kebesaran Allah SWT.

Politik Islam mesti beriktikadkan Islam dalam Iman@takwa sebenar2nya hanya kerana Allah SWT....Ingat..LillahiTaala.

Orang2 Melayu kena ingat dan mesti kuatkan iltizam menguasai ilmu menjembarkan keagamaan@program2 politik dikawasan2 majoriti Melayu Islam dan dlm mana2 pertempatan Islam atau buksn Islam sepanjang perjalanan sebelum dan selepas mana2 PRK@PRU15 dan akan datang. Dilazimi dan bukan diperbuat sebagai propaganda mengabui umat Melayu Islam dan bukan Islam.

Agenda DAP telah terkabul dan mmg sudah jadi sebahagian kuasa urustadbir kerajaan dek kerana kedangkalan akal pemimpin2 Melayu yg serakah kuasa hingga sanggup bersekutu menumbangkan kuasa politik BN.

Pemimpin2 DAP dan khadam2 mereka sudah merata mengisi pelbagai jawatan2 penting dlm urustadbir kerajaan dll.  DAP tak perlukan kerusi PM atau TPM utk melebarkan lagi sayap dan propaganda mereka utk perkukuhkan lagi cengkaman penguasaan politik , dgn adanya pemimpin2 politik dan orang2 Melayu yg masih sanggup bersekongkol memecahbelahkan sokongan pengundi2 Melayu dikawasan2 majoriti Melayu.

Pemimpin2 DAP sudah lali dengan kecaman dan momokan rakyat terutamanya drpd kalangan.orang2 Melayu.Mereka tidak heran kerana mereka memang sudah mampu kekalkan kuasa tadbirurus negeri khususnya di PP dan mendapat sokongan jutawan2 cina dll. serta sudahpun menanamkan agenda kecinaan dari dulu2 lagi . Survival politik DAP mmg menjurus sokongan drpd kaum Cina dan kebebalan akal khadam2 drpd orang Melayu dan India.

Natijahnya sudah ada depan mata secara jelas, sosok calon dan pentas politik Cina jadi status kuo kemenangan dlm PRK P165 yg tidak dihidu BN@Muafakat Nasional kerana mereka sudah mendasari sebahagian pemikiran orang2 Melayu yg digelar khadam2 politik utk mendokongi perjuangan politik akan datang khususnya drpd blok PKR@PAN. Mereka tidak melihat kepada keunggulan PPBM kerana PPBM adalah serpihan polafikir pemimpin2 Umno yg mmg jelas talam dua muka yg mengejar kuasa dan kekayaan dan tak mampu mendominasi agenda PKR yg sudah diliberalisasikan sbg parti pelbagai kaum spt ketegasan Anwar sbg pemimpin PKR yg mampu mendominasi politik parti gabongan BN dan jadi mmg jelas nyata jadi tunjang propaganda dalaman DAP dlm melunakkan dasar2 dan agenda mereka yg sudahpun kuat dan kukuh. 

Umat Melayu UMNO@PAS sewajarnya tidak tertipu dgn merasa selesa dgn kemenangan calon  MCA dgn majoriti besar. Mereka sewajarnya sudah melihat indeks data pecahan peratus sokongan pengundi mengikut kaum dan saluran mengundi di PRK P165 dll PRK/PRU12_13 & 14. Belum lagi genggaman penguasaan politik bagi Sabah dan Serawak.

Kebangkitan dan kesedaran HPU drpd Umno dan Pas adalah jalan yg lurus namun Muafakat Nasional mesti diteliti secara mendalam dan teliti tidak bersandarkan kekuatan sokongan politik orang MCA/Cina@MIC/India dll.

Jika Melayu Islam benar2 adalah golongan pemimpin2 mukmin wajib agenda dan program Islamik jafi sandaran memperkuatkan jalan perjuangan tanpa campur aduk dengan jalan2 kebatilan.

Jika benar pemimpin2 Islam benar2 mahu menjadi pemimpin yg menguasai kerajaan semestinya keutamaan calon Islam dikawasan Majoriti Islam dijadikan tunjang menegakan kemutlakan memilih pemimpin beriman@mukmin.

Jika masih lagi tidak memahami kesucian perjuangan hidup Islam sebaik2nya, pemimpin2 politik Islam kembali mengulangkaji ehwal bertaharah@beriktikad Islam , berjihad sebagai pejuang2 politik Islam yg ikhlas dan ikhsan dan itu bukan bermakna Islam meminggirkan pemimpin2 bukan Islam. Biarlah hak mereka itu diberikan bertepatan dan tidak berlawanan dgn prinsip memilih pimpinan Islam dlm sistem demokrasi yg masih ditekankan dlm Perlembagaan dan kekal Islam Agama Persekutuan.

Jika benar bertawakal kpd ketetapan ajaran Islam mestinya berusaha yg benar dan pasti memohon dan memanjatkan doa berterusan kpd Allah SWT agar kada dan kadar yg ditetapkan berubah menjadi medan kejayaan atas perkenan dan kemahabesaran Allah Taala.

#BangkitBersamaIslam.
#RamaiMuslimMunafikunTanpaTaubatNasuha
#SejarahTahalufSesatMenyesatkan
#BersucidiriBekalKeSyurga

Comments

Popular posts from this blog

Penggemar seni suara merbuk /perkutut Thailand/Siam

JUSTLY SHARING

ASAS BERTIKTOK