Sunday, May 7, 2017

1Mesjid 1Surau 1Kedai Runcit

Adalah diharapkan pihak2 yang diamanahkan untuk membangunkan sahsiah hidup umat Islam Malaysia bangkit mematangkan diri dan keterampilan mereka untuk memanfaatkan surau2 dan mesjid2 bagi mengembangkan nilai perekonomian dlm bidang peruncitan , melalui penubuhan model peruncitan Islam yang berangkaian dikawasan2 ibadah umat Islam untuk memudahcara urusan mengembangkan ekonomi secara bersepadu dan memberikan manfaat yang menyeluruh dikalangan kariah2 surau dan mesjid.

Jika usaha ini dapat diketengahkan dan dilestarikan , pasti hidup dikalangan jemaah Islam dapat dibangunkan dengan lebih nikmat dan barokah Allah SWT.

Jesteru Pengerusi dan AJK2 , disarankan supaya mencari jalan kesepakatan bagi membangunkan bidang peruncitan disekitaran surau dan mesjid dikalangan kariah mereka sendiri.

JAKIM , JAIN, MAIN diharapkan dapat memainkan peranan dan membantu usaha murni ini yang tentunya menjadi ruang dan peluang bagi anak2 orang Islam terjun mengisi peluang pekerjaan dan mengamati kepakaran dlm menggenggam ekonomi masa depan bagi keseluruhan umat Islam.

...mimpi itu indah....tapi ianya sekadar mimpi@hayalan tersendiri...



No comments:

Kekalkan Dominasi Pemerintahan Islam Malaysia

(Ikhtibar dan Ikhtiar) Dominasi pemerintahan Islam wajib dikekalkan di Malaysia. UMNO@Barisan Nasional. Selagi kepemimpinan UMNO yg mendo...