Pelacuran terus digempur tapi gagal digusur

بسم الله الر حمن الر حيم


senang serbu dan tangkap , tapi orang lain terkujat kujat// tuding jari kanan kiri // DPP belum tentu setuju .Majistret tetap menunggu ...pendakwa tak akan keliru ...pembela dan sediakan peluru //Jesteru mereka golongan bijaksana // Persoalannya adakah penguatkuasa juga tergolong dalam orang yang bijaksana ??
PULAU PINANG 25 Jan. 2012  – Sekumpulan gadis pelayan pelanggan (GRO) ditemui dalam keadaan separuh bogel ketika serbuan oleh sepasukan polis di sebuah hotel bajet di Lebuh Light di sini, semalam.
Dalam serbuan kira-kira pukul 4 petang itu, kesemua mereka yang terdiri daripada dua rakyat tempatan dan lima warga Indonesia tidak sempat melarikan diri berikutan pintu utama hotel telah dikepung oleh polis.
Ketika itu, mereka sedang asyik melayan pelanggan masing-masing di bilik.
Difahamkan, mereka mengenakan caj RM50 untuk perkhidmatan seks dan RM10 lagi untuk ‘aksi tambahan’.
Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Supritendan Ahmad Bakhtiar Kassim berkata, wanita yang ditahan berusia dalam lingkungan 20-an hingga 30-an.
Menurutnya, empat pelanggan termasuk seorang penjaga hotel turut ditahan bagi membantu siasatan.
“Hasil pemeriksaan di setiap bilik hotel ditemui puluhan kondom yang sudah dipakai, cecair pelincir serta tisu,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Katanya, operasi dilakukan Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut berikutan pemiliknya masih berdegil menjalankan kegiatan tidak bermoral walaupun sudah beberapa kali diserbu.
Kesemua wanita yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan.
Penjaga hotel itu pula disiasat di bawah Seksyen 372A Kanun Keseksaan kerana menyalahgunakan wanita bagi tujuan pelacuran.
//....Dalam media massa boleh dikatakan saban hari ada saja serbuan dan tangkapan isu pelacuran dan malang sekali pemberitaan tentang tertuduh dibawa kemuka pengadil jarang sekali kedengaran . Kemungkinan wartawan tidak mampu utk meneruskan jejak mereka atau sengaja membiarkan perilaku mereka tunduk pada editor ?? Natijahnya terjahan dan penguasaan sumber pelacuran ini terus merebak dan membiak . Malah dari sinilah wujudnya percambahan pemikiran yang serakah yang merusakan sosio budaya masyarakat dan persekitarannya//. Sampai bila agaknya negara ini mampu dibersihkan ??





Kekebalan pengusaha terus segar dan berakar // Mengheret mereka yang terlibat kemuka pengadilan adalah jalan yang terbaik untuk membersihkan persekitaran negara ini dari terus dipenuhi dengan jajaran pelacuran yang bersepah dimerata tempat tanpa mengira tempat . Setakat pencegahan dan kegagalan penguatkuasa memandatorikan usaha kearah keadilan sejagat , pastinya sosio budaya masyarakat Malaysia ini terus terjerumus kelembah hina .Apalagi ditambah dengan pengedaran dadah yang semakin gah dan menjadi barah dalam masyarakat negara ini . Mungkinkah langkah langkah yang diambil pihak berkuasa itu mencapai sasarannya .Jika benar kenapa ianya masih terus menjadi lumrah dan makin terserlah ?

Comments

Popular posts from this blog

Penggemar seni suara merbuk /perkutut Thailand/Siam

Sifat Calon Ahli Surga

Pertandingan Suara Merbuk Siam/Thailand