Friday, May 19, 2017

Perpaduan Kaum dan Melayu Islam wajib berakhlak.

Insiden kekecohan majlis PM TN50@penggiat seni tanah air sepatutnya bolih dielakan , jika kita sebagai rakyat Malaysia mempunyai sikap tolenransi satu sama lain.

Apalagi sebagai umat Islam wajar lebih berakal dan mampu kawal emosi bawaan syaitan.

Kerajaan dan Kabinet DS Najib berusaha tanpa jemu untuk memadukan kepercayaan utk saling berkompromi dan berimbang didalam apajua isu semasa dan giat mengadakan program2 kemasyarakatan bagi mengikat perpaduan nasional supaya perpaduan kaum yg pelbagai bangsa dan agama terus kukuh dan di kekalkan.

Namun , dikalangan kita masih muncul sosok individu yang tidak menghayati seruan kepemimpinan , malahan menebarkan sikap kebencian yang berterusan bila sesuatu insiden itu melibat bangsa melayu, cina , india dll.

Isu2 politik sebaiknya tidak dijembarkan didalam apajua program tentang dasar dan kepentingan nasional.

Jesteru itu , semua pihak tidak sewajarnya mengambil peluang drpd insiden2 yang berlaku bagi kepentingan politik dan pengaruh dengan terus menerus melaga2kan sikap perkauman dikalangan rakyat.

Ambillah ikhtibar dari kejadian yg sudah berlaku itu supaya kita terus teguh pendirian untuk sama2 membangun tamadun bangsa dan agama di Malaysia.

Perpaduan yang kuat dan kukuh antara rakyat mampu menjana kejayaan dan kecemerlangan bagi kesejahteraan serta kemakmuran negara. Oleh yang demikian, perpaduan dan keharmonian adalah elemen yang sangat penting dalam mengekalkan keharmonian dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Tanpa perpaduan, nescaya kemerdekaan dan kedaulatan negara yang telah diperoleh sejak sekian lama akan hilang dalam sekelip mata. Persoalannya, bagaimanakah kita dapat mengukuhkan perpaduan kaum di negara ini?

Sebagai langkah pertama dalam membentuk perpaduan, rakyat haruslah bergaul dan memupuk persefahaman antara kaum. Dalam keadaan tersebut, ibu bapa perlulah sentiasa menerapkan nilai-nilai perpaduan dalam diri anak-anak sejak kecil lagi. Bak kata pepatah, “melentur buluh biar dari rebungnya”.

Anak-anak digalakkan berkomunikasi dengan jiran yang berlainan bangsa dan ibu bapa juga disarankan membawa anak-anak mereka mengunjungi rumah jiran semasa hari lebaran atau perayaan.

Dengan cara itu, ibu bapa dapat menjadi suri teladan kepada anak-anak dan membolehkan mereka menghayati keistimewaan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai jenis kaum dan etnik.

Selain itu, ibu bapa juga boleh berkomunikasi dengan anak-anak dalam pelbagai bahasa, misalnya bahasa Malaysia, bahasa Inggeris, dan bahasa-bahasa ibunda. Apabila golongan muda menguasai pelbagai bahasa, mereka dapat berkomunikasi dengan rakan yang berlainan bangsa dengan mudah.

Pokoknya, nilai-nilai perpaduan dan permuafakatan hendaklah didedahkan kepada generasi muda sejak awal lagi agar jiwa perpaduan dalam diri mereka dapat berkembang dengan sempurna.

Seterusnya, institusi-institusi pendidikan perlu bertanggungjawab menerapkan semangat bersatu-padu dalam kalangan pelajar berbilang kaum. Antara langkah yang dapat diambil adalah dengan memberikan kerja-kerja berkumpulan.

Dalam konteks ini, guru-guru hendaklah membahagikan pelajar secara berkumpulan dalam melaksanakan projek-projek sekolah, seperti kajian sains, persembahan, dan sambutan-sambutan majlis di sekolah.

Guru-guru juga haruslah membahagikan kedudukan pelajar dengan sempurna untuk menggalakkan pelajar berkomunikasi dengan pelajar-pelajar yang berlainan kaum dan bukannya sesama satu kaum sahaja.

Dalam proses menjayakan inisiatif-inisiatif tersebut, guru tidak boleh mencetuskan isu-isu sensitif semasa mengajar, misalnya dengan mengagung-agungkan warisan budaya sendiri dan mengejek budaya kaum lain. Pendek kata, pelajar-pelajar dan guru-guru perlulah bekerjasama demi menzahirkan semangat perpaduan di peringkat sekolah.

Di samping itu, golongan pelajar perlulah belajar dan menghayati sejarah negara agar dapat memahami erti perpaduan negara. Sebagai satu daripada langkah untuk mewujudkan permuafakatan bangsa, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mewajibkan pelajar-pelajar agar lulus dalam mata pelajaran Sejarah di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai tahun 2013.

Langkah tersebut diharapkan dapat menyedarkan anak-anak bangsa tentang akibat kurangnya perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat. Mengetahui dan memahami peristiwa yang berlaku dalam sejarah negara seperti tragedi berdarah 13 Mei 1969, sudah tentu golongan muda dan belia akan lebih menghargai perpaduan dan keharmonian yang dikecapi selama ini. Pemahaman rakyat Malaysia tentang sejarah tanah air dapat menyemai semangat perpaduan dalam diri mereka.

#olahan semula sketsa perpaduan 1Malaysia

No comments:

Kekalkan Dominasi Pemerintahan Islam Malaysia

(Ikhtibar dan Ikhtiar) Dominasi pemerintahan Islam wajib dikekalkan di Malaysia. UMNO@Barisan Nasional. Selagi kepemimpinan UMNO yg mendo...