Perhimpunan Agong UMNO 2016

بسم الله الر حمن الر حيم


[ Persidangan Agong UMNO 2016 ]


UMNO tentu gagah dan mapan jika 80,000 ahli Penerangan UMNO Negeri2 ikhlas dan bersatu tenaga mendepani asakan fitnah dan agenda musuh musuh politiknya untuk merealisasikan aspirasi dan perjuangan Melayu dan Bumiputera@PRU14.
[ Takbir ]


( Igauan PAU2016 )


Ada saranan perwakilan UMNO supaya barangan bersubsidi tidak lepas bebas dibeli pekerja2 wargaasing di Malaysia.


Jesteru kerajaan disaran utk mencari mekanisme terbaik bagi mengatasi isu yang dibangkitkan.


Apapun mekanisme yang yang dilaksanakan termasuk sistem biometrik dll...tetap mendedahkan kepada salahguna awam dan menambahkan peluang rakyat malaysia dengan kerja kerja haram.


Sebabnya mudah...jutaan pekerja wargaasing memang sudah menghuni diseluruh pelusuk negara ini , samada secara sah atau pas kerja tamat tempoh , malahan ada yang tidak ada dokumen perjalanan yang sah dan menggunakan pengenalan palsu sebagai warganegara Malaysia.


Jika pekerja2 wargaasing tidak dibenarkan membeli barangan bersubsidi cth: minyak masak peket 1kg...pastinya akan ada pekedai pekedai yang menjualnya secara haram dan malahan ramai rakyat Malaysia yang akan mencari sumber wang tambahan dengan membeli minyak bersubsidi dan dijual kembali kepada wargaasing dinegara ini.


( otak pasang surut memang mengarut )

 [ selamat bersidang , usah ikut2 sesat songsang ]




#PAU2016 sempena 70 tahun UMNO diujudkan , sepatutnya UMNO mampu tegak dan teguh dengan aset parti berbilion bilion ringgit untuk bantu membangun dan memperjuangkan kegemilangan ekonomi Melayu dan Bumiputera di Malaysia.


Malangnya ...tiada kesepakatan dan permuafakatan dikalangan pimpinan UMNO dan akhirnya hanya mengharapkan dana kerajaan dalam percaturan perjuangannya mendepani musuh musuh politik di Malaysia.


Sampai bila kepimpinanan UMNO mahu menuding jari kearah musuh2 p...olitiknya , jika mereka masih kekal lantang tetapi nyata dilihat gagal mendepani kemajoritian kuasa dan tidak mengambil peluang serta ruang yang memang sudah tersedia didepan mata.

Comments

Popular posts from this blog

Penggemar seni suara merbuk /perkutut Thailand/Siam

JUSTLY SHARING

ASAS BERTIKTOK