Bodohkah kepemimpinan Melayu UMNO masakini .


بسم الله الر حمن الر حيم

Pemilihan jawatan tertinggi parti UMNO pada Oktober sudah mengisi pelbagai persepsi pandangan umum .

Dalam  pemilihan julang kali diadakan dgn kehadiran lk 148000 perwakilan yg layak menjadi penentu atas pertandingan yg diadakan , pasti ianya membawa sinar kematangan dlm wadah politik unggul yg mendominasi kestabilan pemerintahan Malaysia sejak ditubuhkan dan membuka lembaran baru atas sisi pendemokrasian yg telus dan adil.

Namun dalam kepelbagaian dasar mereformasikan keutuhan dan kesatuan dalaman ahli dan akar umbi parti terbesar ini , pastinya pelbagai terjahan dan keindahan serta kejelekan terpapar dgn sendirinya disemua sudut mediamassa negara ini  termasuk dunia yg jelas mewarnai tanggapan bahawa sistem demokrasi politik sudah diketengahan dgn menatangi hak dan kebebasan dlm erti yg tersendiri.


Apa yg jelas , Tun MM masih kekal mahu mendominsai pemikiran akar umbi UMNO secara khilaf tanpa mengimbangi kesantunan dan jatidiri mewaraskan pemikiran serta adab serta kesantunan Melayu sejak menjadi bekas PM yg digeruni dlm negara sendiri serta dunia luar , nyata sekali kecenderungan yang disuguhkan idola @ bekas PM ini secara umumnya telah memperlihatkan satu sisi yg amat diragui atas sikap keegoan dan kekuasaan yg sudahpun digaulinya selama bertahun tahun memegang tampuk parti UMNO dan pemerintahan Malaysia .

Kenyataan terbuka yg tersebar dlm mediamaya secara meluas , pasti menggambarkan tanggapan bahawa jisim kepincangan akal manusia sudah terkeluar dari batasan keseimbangan pemikiran serta kesederhanaan kepemimpinan Islam itu sendiri.

Persepsi dan kenyataan Tun MM yang mengkiaskan kepemimpinan sedia ada terlalu bobrok dan bodoh dan diterima pakai dan digauli parti terbesar itu mampu difahami sekadar untuk mendominasikan kuasa dan persekitarannya sendiri.

Apakah niat sebenar nya idola yg diunggulkan ini membuat deklarasi bahawa kepemimpinan sedia ada dan pelapis dlm parti UMNO itu dikatakan bodoh dan kurang bijak serta mengetengahkan pelapis pimpinan yg lebih bobrok serta bodoh utk menguasai kepemimpinan Malaysia , nyata memberikan impak keatas keterampilannya sebagai bekas PM yg sewajarnya kelam dan santun dlm ucapan dan penamp;ilannya pada umum agar tidak ditafsirkan dgn pelbagai kekurangan ajar atas sikap lancang mulutnya dlm membuat kenyataan akhbar dan dijadikan agenda yg pelbagai yg pasti mencemarkan keseluruhan perjuangan dan jatidiri dlm entiti pimpinan parti yang didokonginya sejak sekian lama.

Tidak puaskah lagi Tun MM utk terus mendampakan kelancangan , dalam menidakan kebijakan pimpinan selepasnya ? Sikap kesederhanaan apa yg mampu ditauladani utk dikatakan saling membangunkan keserasian dan kefahaman yg jelas , bagi memperjuangkan kesepaduan iltizam dlm perjuangan UMNO itu sendiri , memungkinkan sisi kejelekan yg berpanjangan. kewajaran itu sepatutnya sudah dijadikan kelaziman terjahannya dalam apajua perkembangan demi kebaikan parti UMNO yg jelas , Tun MM memang galak dan sepertinya kurang berakhlak dlm jejak memperkembangkan wawasan perjuangan dengan melondehkan tabir perjuangan orang Melayu dan kepemimpinan Melayu selepasnya.

Apakah keuntungan beliau utk terus bersikap ektreme dgn melempiaskan laungan kebodohan pimpinan sedia ada dan pelapis seterusnya , sedang dia sendiri manusia yg sama rupa dan bentuknya , tapi keserakahan hidup tidak mampu dikawali dan wajar dijauhi , apalagi setelah meninggalkan medan kemimpinan parti terbesar orang Melayu ini .

Secara peribadi pandangan nyata saya , sikap dan kelancangan Tun MM  ini memang tidak mampu dijadikan tauladan dalam membina kesepakatan dan kesepaduan perjuangan utk menguatkan parti UMNO itu sendiri , wajar setiap ahli dan akar umbi menjauhi sisi pemikiran yg senget dan jelek yg tidak ada semangat perjuangan mendewasakan jatidiri menghormati keterampilan dan kebijakan pimpinan sedia ada dan hanya memberikan tanggapan yg merugikan sisi perjuangan yg dikatakan diagungkannya , tetapi diwaktu sama melempiaskan kegeraman atas kehilangan kedudukan memimpin dan mendominasi kerusi utk dikekalkan sepanjang hayat dalam hidupnya.

Sewajarnya , Tun MM menjadi pendamping yg gagah memberikan input yg jelas dan mampu ditauladani dan semangat perjuangan yg seimbang utk dikuti dan dikembangkan , bukan terus menerus menelanjangi kepincangan yg sememangnya tidak mampu diatasi nya disepanjang beliau menduduki jawatan tertinggi parti terbesar orang Melayu dinegara ini.

Bodoh sangat kah pimpinan parti UMNO sedia ada serta pelapis yang diangkat utk dimertabatkan ?

Siapakah yg lebih bijak utk tidak ego dan sombong dlm setiap langkah perjuangan dlm parti semata mata menghormati keberadaaan orang lain dlm memikul pertanggungjawaban yg ikhlas dan terbimbing tanpa dibebani dengan gelojak nafsu serakah tanpa arah , menjarah disetiap arah , sedang parti itu adalah tunjang yg wajar diamankan dan ditatang , bukan dijelekan dan ditelanjangkan.

( ' Melayu mudah Lupa ' serakahnya kekal disepanjang meninggalkan jawatannya tanpa rela , sebelum dia sendiri ghaib dgn suaranya ..Manusia tetap sama , usah sesuka membongkar kehinaan orang lain didepan mata tanpa ada kesantunan dan budi bahasa sebagai pejuang Melayu dinegara Malaysia . )

p/s: siapa yg bodoh sebenarnya ?




 

Comments

Popular posts from this blog

JUSTLY SHARING

Penggemar seni suara merbuk /perkutut Thailand/Siam

ASAS BERTIKTOK