Acuan ini milik Melayu Islam ( GESA )

بسم الله الر حمن الر حيم




Masyarakat di Malaysia amat mudah terpengaruh dengan perkembangan moden yang dibawa oleh arus globalisasi dunia. Memang diakui banyak unsur positif yang dibawa oleh arus globalisasi ini, namun pada masa yang sama juga pelbagai perkembangan fahaman sekularisme yang menyesatkan telah turut sama berkembang pesat sehingga mempengaruhi sejumlah besar masyarakat Malaysia.

Bagi menghadapi realiti ini, semua pihak termasuklah kerajaan dan Ulama/Cendikiawan dan pakar perundangan Islam perlu mengamalkan sikap proaktif dan selektif dengan menyediakan pelbagai elemen mendidik dan pencegahan bagi meneruskan halatuju dan pengembangan Islam yang benar benar mampu dinobatkan di Malaysia .

Faktor perpaduan dan keseragaman diperlukan bagi memastikan wujudnya kestabilan hidup sosiopolitik umat Islam agar mampu memupuk kesepakatan dan tidak terus hanyut dengan perebutan kekuasaan dan keduniaan .

Keamanan dan kedaulatan Malaysia semesti bisa/mampu kekal dilestarikan dengan kemampuan untuk bergabong dalam satu wadah perjuangan dan mendekati keikhlasan dalam apajua permasalahan yang timbul agar diketengahkan dari dalam acuan masyarakat majoriti Malaysia .

Jesteru itu kita sebagai masyarakat Melayu/Islam semestinya kekal mendokong pemerintahan sedia ada yang jelas telah berupaya mentadbirkan kerajaan dengan mengekalkan keamanan yang berterusan dan membangunkan negara dengan pelbagai kemajuan.

Jika terdapat ruang yang memang jelas tidak cocok disisi pemertabatan tuntutan Islam semestinya ianya mampu disepakati dari dalam diri masyarakat Islam itu sendiri dan bukan terus menerus diselubungi kecelaruan pandangan orang bukan Islam . Acuan ini milik Melayu Islam , jesteru itu ianya mesti didokong dan dikembangkan kekuatan dalam menguasai pemerintahan  tanpa meminggirkan kepentingan hidup masyarakat bukan Islam.

Logika ini mampu dibenturkan melalui acuan minda dan pemikiran orang orang Melayu yang majoritinya mempunyai kekuatan yang sama dalam menguasai serta mengungguli Islam sebagai agama resmi dinegara ini .


Comments

Popular posts from this blog

Penggemar seni suara merbuk /perkutut Thailand/Siam

JUSTLY SHARING

ASAS BERTIKTOK