Runtuhkan tembok perkauman , laksanakan segera Sekolah Satu Aliran

بسم الله الر حمن الر حيم

" Untuk membuang sikap yang sudah berakar umbi selama tujuh tahun sebelum memasuki alam persekolahan  bukanlah satu tugas yang mudah. Tetapi untuk hidup bersama dalam sebuah negara dan akhirnya membina jatidiri menjadi satu bangsa yang tidak lagi dikenali mengikut kumpulan kaum, masyarakat negara ini tidak dapat tidak perlu mengurangkan sikap prasangka, kalaupun tidak menghapuskannya sama sekali.
Inilah yang hendak dicapai melalui konsep sekolah satu aliran. Sekolah ialah tempat terbaik untuk memulakan hubungan integrasi. Apabila kanak-kanak sudah terdedah dan biasa dengan pergaulan antara berbilang kaum di sekolah, mereka tidak lagi mengalami kejutan apabila memasuki alam pekerjaan dan bermasyarakat.
 
Dalam kehidupan realiti kita sekarang, pergaulan antara kaum hanya terjadi dalam keadaan luaran dan tidak mendalam.
Tembok perkauman mesti diruntuhkan untuk memberi laluan kepada kehidupan satu bangsa Malaysia yang lebih harmoni. Tempat terbaik untuk memulakan usaha mencambah rasa harmoni ini ialah melalui sekolah satu aliran baik di peringkat sekolah rendah mahupun sekolah menengah. "

BANTAHAN tiga daripada parti komponen Barisan Nasional (BN) iaitu MCA, MIC dan Gerakan terhadap cadangan sekolah satu aliran memperlihatkan mentaliti perkauman di negara ini.
Dalam perspektif lain, Perdana Menteri menyatakan bahawa sistem pendidikan satu aliran sebenarnya telah pun diamalkan tetapi kebanyakan daripada kita tidak faham peranan sistem sekolah kebangsaan.
Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad menjelaskan, semasa kerajaan membentuk sistem sekolah kebangsaan dahulu, sekolah-sekolah aliran Cina dan Tamil sudah pun ada. Kerajaan memberi bantuan kepada sekolah aliran tersebut dengan harapan pada akhirnya murid-murid dari sekolah itu kelak menyertai sekolah kebangsaan.
Tetapi sehingga kini nampaknya orang Cina dan India tidak berminat menghantar anak mereka ke sekolah kebangsaan kerana suasananya kurang menarik serta bimbang anak-anak mereka terpengaruh dengan adat resam orang Melayu dan Islam. Sikap dan fahaman agama yang terlalu kuat juga menakutkan bukan Melayu terhadap sekolah kebangsaan.
Lalu apa yang berlaku dalam sistem persekolahan sekarang adalah faktor sikap perkauman yang masih menebal di kalangan masyarakat.
Sebab itu bagi parti-parti tersebut, antara isu pergaduhan di Jalan Klang Lama dengan isu sekolah satu aliran adalah berbeza. Malah Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu menganggap sistem pendidikan yang membenarkan kewujudan sekolah yang berbeza-beza aliran berdasarkan kaum yang sedia ada sudah dapat memenuhi hasrat semua kaum.
Ketika sebahagian orang Melayu nampaknya bersetuju diwujudkan sekolah satu aliran, Gerakan pula mengingatkan Menteri Pendidikan, Tan Sri Musa Mohamad supaya tidak termakan dengan cara pemikiran Menteri Kanan Singapura, Lee Kuan Yew mengenai kelemahan sistem pendidikan negara untuk menjamin perpaduan antara kaum. Tetapi mereka lupa bahawa Lee Kuan Yew adalah seorang Cina, dan beliau melihat ada halangan dalam usaha kerajaan memupuk perpaduan kaum.
Nada dan reaksi pemimpin parti yang mewakili masyarakat Cina dan India ini nampaknya lebih menjurus kepada sikap perkauman dan bukan untuk membina satu bangsa Malaysia yang dilaung-laungkan oleh mereka sendiri.
Sekiranya reaksi mereka dijadikan landasan, maka tersangat jelas bahawa mereka sebagai pemimpin turut memainkan peranan yang besar dalam menguat dan memperkukuhkan lagi syak wasangka antara kaum di negara ini.
Bukan itu sahaja, dengan mempersoal dan mempertikai cadangan sekolah satu aliran, para pemimpin politik yang mewakili kedua-dua kaum itu meragui keikhlasan dan kejujuran kerajaan untuk mewujudkan perpaduan kaum sedangkan mereka juga turut menjadi anggota pentingnya.
Atau mungkinkah bantahan yang dikemukakan sebenarnya hanya untuk menjaga kedudukan mereka sebagai pemimpin politik masyarakat masing-masing? Kita harap tidak.
Selagi para pemimpin kaum terus bersikap mementingkan kaum demi masa depan dan populariti politik masing-masing, selagi itulah usaha perpaduan kaum hanya bersifat kosmetik.
Sesungguhnya, mana-mana negara pun mahu menyatupadukan rakyatnya, kerana perpaduan adalah asas bagi menjamin kestabilan sosial, ekonomi dan politik.
Untuk ini, sistem pendidikan negara perlu dimanfaatkan untuk mencorak masa depan bagi melahirkan masyarakat berbilang kaum yang bersatu padu.
Sekolah satu aliran tidak akan membawa apa-apa masalah dan tidak mungkin mendatangkan akibat yang negatif, sebaliknya dari satu sudut ia akan membantu mewujudkan hubungan harmoni antara kaum.
Mereka yang menentang cadangan sekolah satu aliran ini adalah mereka yang tidak mengutamakan cita-cita dan rakyat Malaysia untuk membentuk sebuah negara yang bersatu padu.
Berdasarkan pengalaman pada masa-masa lalu, isu dalam sistem pendidikan yang melibatkan kaum amat sensitif. Pada tahun-tahun 80-an kuasa Menteri Pendidikan yang membenarkannya memansuhkan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Cina ataupun Tamil sudah dihapuskan.
Kes sekolah SRJK di Damansara pula menggambarkan suasana tidak harmoni dalam hubungan antara kaum apabila segelintir ibu bapa menentang usaha pihak Kementerian Pendidikan hendak memindah murid ke sekolah yang baru.
Sebelum ini pun terdapat pihak yang menentang dan membantah penubuhan Sekolah Wawasan dan meminta pihak kerajaan menarik balik cadangan membina sekolah itu di Subang Jaya, Selangor dan Johor Jaya, Johor.
Alasan mereka menolak Sekolah Wawasan kerana bimbang penggunaan bahasa Cina akan dihapuskan manakala sekolah itu juga dilihat tidak boleh menyatupadukan kaum.
Memang jelas semua kaum hidup dalam suasana harmoni tetapi itu di permukaan sahaja, sedangkan hakikat sebenar ialah wujud perasaan tidak puas hati dan curiga-mencurigai.
Sebab itulah pentingnya, seperti yang dicadangkan oleh ahli akademik dan tokoh pendidikan negara supaya Kementerian Pendidikan mewujudkan sekolah satu aliran. Matlamat atau agendanya adalah satu iaitu perpaduan kaum.
Menurut tokoh pendidik, Tan Sri Ainuddin Wahid, sekolah satu aliran sepatutnya dilaksanakan sebelum merdeka lagi seperti yang dicadangkan 48 tahun lalu oleh Allahyarham Aminuddin Baki yang menjadi Penasihat Pelajaran Negara.
Ainuddin menjelaskan, cadangan Aminuddin itu kerana beliau telah menjangkakan masalah perkauman pasti akan timbul di kemudian hari berikutan setiap kaum mendapat pendidikan di sekolah yang berlainan.
``Jangkaan beliau itu betul dan kita lihat apa yang berlaku sekarang. Jika kita bertegas dari dulu dan semua kaum sanggup berkorban untuk belajar di satu sekolah mungkin soal permusuhan antara kaum tidak terjadi,'' katanya.
Ada pemerhati berpendapat bahawa konsep Sekolah Wawasan yang dicadangkan sebenarnya bukan jawapan kepada keharmonian kaum. Jaminan bahawa kerajaan tidak akan memaksa mana-mana sekolah menerima Sekolah Wawasan, tidak akan menghapuskan identiti dan bahasa Cina atau Tamil dan tidak akan menutup sekolah kedua-dua aliran itu apabila konsep Sekolah Wawasan dilaksanakan, belum tentu dapat memastikan perpaduan kaum akan terjalin di kalangan semua murid.
Ini kerana dalam konsep tersebut, pengasingan murid antara kaum mengikut aliran jenis sekolah masih berlaku. Mereka hanya berkongsi padang dan kemudahan dalam satu kawasan sekolah, sedangkan sistem pendidikannya masih kekal mengikut aliran masing-masing misalnya Melayu, Cina dan India.
Perpaduan kaum tidak mampu dicapai hanya di padang sekolah. Tidak munasabah jika hanya dengan bermain bola sepak atau hoki di padang, perpaduan dapat dicapai.
Di samping itu apabila Sekolah Wawasan ditubuhkan maka sekolah aliran Cina dan Tamil pula perlu dilayan sama rata dengan sekolah aliran kebangsaan. Jika ia tidak dilayan, maka akan timbul prasangka terhadap satu sama lain.
Untuk membuang sikap yang sudah berakar umbi selama tujuh tahun sebelum memasuki sekolah bukanlah satu tugas yang mudah. Tetapi untuk hidup bersama dalam sebuah negara dan akhirnya membina diri menjadi satu bangsa yang tidak lagi dikenali mengikut kumpulan kaum, masyarakat negara ini tidak dapat tidak perlu mengurangkan sikap prasangka, kalaupun tidak menghapuskannya sama sekali.
Inilah yang hendak dicapai melalui konsep sekolah satu aliran. Sekolah ialah tempat terbaik untuk memulakan hubungan integrasi. Apabila kanak-kanak sudah terdedah dan biasa dengan pergaulan antara berbilang kaum di sekolah, mereka tidak lagi mengalami kejutan apabila memasuki alam pekerjaan dan bermasyarakat.
Dalam kehidupan realiti kita sekarang, pergaulan antara kaum hanya terjadi dalam keadaan luaran dan tidak mendalam.
Tembok perkauman mesti diruntuhkan untuk memberi laluan kepada kehidupan satu bangsa Malaysia yang lebih harmoni. Tempat terbaik untuk memulakan usaha mencambah rasa harmoni ini ialah melalui sekolah satu aliran baik di peringkat sekolah rendah mahupun sekolah menengah.
Kementerian Pendidikan kini giat merancang dan melaksanakan Sekolah Wawasan. Kerajaan tidak mempunyai sebarang agenda untuk menghapuskan ciri-ciri sekolah vernakular dalam pelaksanaan Sekolah Wawasan melainkan mahu mengelakkan prejudis kaum di kalangan golongan muda negara pada masa depan.
Dalam hal ini, kena pada masanya pihak kementerian memikirkan pula penyesuaian Sekolah Wawasan menerapkan konsep sekolah satu aliran.
Kaedahnya tidak berbeza dengan agenda Sekolah Wawasan iaitu bagi menangani perasaan syak wasangka antara kaum daripada merebak dan berbahaya kepada perpaduan negara.
Kejayaan negara kita banyak bergantung kepada perpaduan dan kerjasama antara kaum yang dapat diwujudkan berasaskan perasaan muhibah dalam kehidupan seharian.
Kita sedar keperluan dan kepentingan Sekolah Wawasan, tetapi ada baiknya jika dikaji juga penubuhan sekolah satu aliran. Hubungan rapuh antara kaum akibat suasana sosial, ekonomi dan politik yang tidak begitu baik boleh menjadi satu bom jangka yang berbahaya.
Sumber : Utusan Malaysia 20 Mac 2001
1 Dis 2008 - Datuk Mukhriz Mahathir mencadangkan supaya diwujudkan satu sistem pendidikan yang menggabungkan semua sekolah bagi mengelakkan polarisasi kaum di negara ini.
"Satu cara terbaik untuk menyatukanpadukan rakyat adalah di peringkat sekolah.
"Mungkin boleh dipertimbangkan satu sistem pendidikan di mana semua sekolah diserapkan di bawah satu sistem iaitu sistem pendidikan Malaysia yang menggunakan bahasa Malaysia sebagai perantaraan kecuali bagi subjek Sains dan Matematik.





Bloggers//


Tuesday, December 2, 2008
Datuk Mukhriz Mahathir has called on the Government to abolish the vernacular school system to enhance unity among the people.
He said a single school system was the only way to check racial polarisation. abolish the vernacular school

Friday, December 05, 2008
SUASANA paling unggul bagi mewujudkan generasi baru yang berjiwa Malaysia adalah dengan setiap kanak-kanak, tanpa mengira agama, bangsa, status sosial dan lokasi, belajar dalam satu darjah yang sama, menggunakan bahasa pengantar yang sama dan mengikuti kurikulum yang sama.harapan-kepada-sekolah-satu-aliran

KUALA LUMPUR 28 Okt. 2009 – Saranan tokoh akademik, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim supaya kerajaan melaksanakan sekolah satu aliran bagi memastikan perpaduan antara kaum tercapai, disepakati Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan pembangkang.
Mereka bersetuju bahawa perpaduan antara kaum harus menjadi matlamat utama kerajaan dan usaha mewujudkan sekolah satu aliran mungkin boleh menjadi titik tolak ke arah itu.berita selanjutnya

16/11/2009
Di sini saya ingin merujuk dan membuat surat balas kepada Tuan Profesor mengenai sekolah satu aliran tidak merugikan sesiapa seperti yang telah disiarkan dalam akhbar Berita Minggu pada 8 November yang lepas.
Sebelum saya pergi lebih lanjut lagi, eloklah saya perkenalkan diri saya terlebih dahulu. Saya adalah Khu Eian Chun yang juga berasal dari Kelantan, iaitu negeri yang sama dengan Tuan Profesor. Sebelum ini pun saya suka membaca jurnal-jurnal penulisan Profesor terutamanya mengenai Cina Peranakan Kelantan kerana saya juga adalah salah seorang daripada itu. Saya bukan dari sekolah Cina SJK(C) dan saya juga tidak pandai berbahasa Mandarin, saya hanya pandai bertutur dalam bahasa Hokkein, itu pun Hokkien kampung yang bercampur dengan Melayu Kelantan. Saya adalah keturunan darah Siam. Tetapi saya mempunyai semangat yang tinggi untuk menjaga kaum saya!!. Itu adalah perbezaan saya beranding dengan Profesor. Sekarang ini saya hanya bekerja sebagai seorang guru di daerah Segamat.berita selanjutnya


Penubuhan Sekolah Satu Aliran
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan akan hanya mengubah sesuatu dasar sekiranya dipersetujui rakyat dan jika sebaliknya, dasar sedia ada akan dikekalkan
Cadangan penubuhan sekolah satu aliran telah dicetuskan oleh Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Khoo. Kay Kim selaras untuk merealisasikan matlamat 1Malaysia. Walau bagaimanapun kerajaan tidak akan menghalang dasar sekolah pelbagai aliran sekarang diubah kepada satu aliran jika itu yang rakyat mahukan dan mendapat sokongan rakyat pelbagai kaum.   
Rakyat terutamanya kaum India dan Cina tidak harus bimbang dengan cadangan ini kerana kerajaan akan mendengar suara rakyat sebelum memutuskan sesuatu. Jika sistem satu lairan dilaksanakan, kerajaan akan memastikan hak dan kebudayan setiap kaum terjaga dan terpelihara melalui sistem satu aliran.
Cadangan ini perlu diperjelaskan kepada rakyat berkenaan situasi yang dihadapi oleh ke kerajaan untuk membantu rakyat memahami punca situasi yang melanda dan kesan-kesannya melalui aktiviti bersemuka dan blog-blog jabatan.
Sumber Maklumat:
Jabatan Penerangan Malaysia
November2009           

(NATIJAHNYA)- memang jelas semua kaum hidup dalam suasana harmoni tetapi itu di permukaan sahaja, sedangkan hakikat sebenar ialah wujud perasaan tidak puas hati dan curiga-mencurigai.
Sebab itulah pentingnya, seperti yang dicadangkan oleh ahli akademik dan tokoh pendidikan negara supaya Kementerian Pendidikan mewujudkan sekolah satu aliran. Matlamat atau agendanya adalah satu iaitu perpaduan kaum.
Menurut tokoh pendidik, Tan Sri Ainuddin Wahid, sekolah satu aliran sepatutnya dilaksanakan sebelum merdeka lagi seperti yang dicadangkan 48 tahun lalu oleh Allahyarham Aminuddin Baki yang menjadi Penasihat Pelajaran Negara.
Ainuddin menjelaskan, cadangan Aminuddin itu kerana beliau telah menjangkakan masalah perkauman pasti akan timbul di kemudian hari berikutan setiap kaum mendapat pendidikan di sekolah yang berlainan.
``Jangkaan beliau itu betul dan kita lihat apa yang berlaku sekarang. Jika kita bertegas dari dulu dan semua kaum sanggup berkorban untuk belajar di satu sekolah mungkin soal permusuhan antara kaum tidak terjadi,''

 

Comments

Popular posts from this blog

Penggemar seni suara merbuk /perkutut Thailand/Siam

JUSTLY SHARING

ASAS BERTIKTOK