MELAYU MURTAD

بسم الله الر حمن الر حيم

“Melayu ertinya seseorang yang menganuti agama Islam, lazim
bercakap bahasa melayu, menurut adat istiadat melayu dan (a) lahir,
sebelum hari merdeka, di persekutuan atau di Singapura, atau ibu
bapanya telah lahir di persekutuan atau di Singapura, atau pada hari
Merdeka itu, ia adalah berdomisil di Persekutuan atau di Singapura;
atau (b) ia adalah keturunan seseorang yang tersebut”

MARI KITA HAYATI FIRMAN ALLAH SWT SPT BERIKUT :-

Maksudnya :Dan sesiapa di antara kamu yang murtad (berpaling tadah) dari
agamanya (agama Islam), lalu ia mati sedang ia tetap kafir, maka
orang-orang yang demikian, rosak binasalah amal usahanya
(yang baik) di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah ahli neraka,
kekal mereka di dalamnya (selama-lamanya).
(Surah al-Baqarah: 217)
Maksudnya: Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka
tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak
dari orang-orang yang rugi.
(Surah Al-Imran: 85)

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia
mengampuni segala dosa yang selain dari itu (syirik), bagi siapa yang
dikehendaki-Nya. Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah, maka
sesungguhnya dia telah melakukan dosa yang sangat besar
(Surah al-Nisa’: 48)
Maksudnya: Dan tiadalah Kami mengutusmu (wahai Muhammad)
melainkan untuk umat manusia seluruhnya, sebagai Rasul
pembawa berita gembira (kepada orang-orang beriman) dan
pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar).
Surah Sabā’ (34): 28
Maksudnya : Dan tiadalah Kami mengutusmu (wahai Muhammad) melainkan untuk
umat manusia seluruhnya, sebagai Rasul pembawa berita gembira
(kepada orang-orang beriman) dan pemberi amaran (kepada orangorang
yang ingkar).(Surah Saba’ : 28)

MURTAD menurut bahasa Arab berasal daripada perkataan riddah. Dari segi
bahasa, riddah bermakna kembali daripada sesuatu kepada selainnya. Oleh itu dari
sudut bahasa, murtad bermakna orang yang kembali daripada sesuatu kepada
selainnya.
Dari segi istilah syaraknya pula, murtad ditakrifkan dengan pelbagai takrifan.
Antaranya ialah:
(i) menurut Imam al-Husni: “keluar daripada Islam dan kembali kepada
kufur serta membebaskan diri daripada Islam.
(ii) Menurut al-Shaykh Abd al-Qadir Awdah: “meninggalkan agama Islam
dan keluar daripadanya setelah menganutnya.
(iii) Menurut Dr. Wahbah al-Zuhaily: “Berpaling daripada Islam dan kembali
kepada kufur, sama ada dengan niat atau perbuatan yang mengkafirkan
atau perkataan, dan sama ada diucapkan dengan gurauan atau
penentangan atau iktiqad.
(iv) Menurut Sayyid Sabiq: “Kembalinya orang Islam yang berakal dan
dewasa ke kekafiran dengan kehendaknya sendiri tanpa ada paksaan dari
orang lain. Baik yang kembali itu orang lelaki mahupun orang
perempuan.21
(v) Menurut Dr. Abd al-Karim Zaydan: “ Keluar daripada Islam
Menurut pengertian yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), secara ringkasnya ajaran sesat bermaksud: ‘Sebarang ajaran atau amalan yang dibawa oleh orang-orang Islam atau orang-orang bukan Islam yang mendakwa ajaran dan amalan yang dibawa berdasarkan kepada ajaran Islam sedangkan pada hakikatnya ajaran dan amalan yang dibawa itu bertentangan dengan akidah dan syariah Islamiah, bertentangan dengan mazhab yang muktabar dan bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Lihat Bahagian Penyelidikan (1991), ‘Mengenal Ajaran Sesat Di Malaysia’, (Kertas Kerja di Pusat Islam Malaysia, 3 September 1991), ms. 4-5. (Selain Malaysia, definisi ini turut disepakati oleh Majlis Ulama Negara Brunei Darussalam, Republik Indonesia dan Republik Singapura (MABIMS)). Dalam ertikata lain, sesat atau salahnya sesuatu ajaran itu dirujuk kepada pola amalannya yang bertentangan dengan akidah dan syariah Islam yang sebenar sama ada dari segi isi kandungan, bentuk pemikiran mahupun ciri-ciri amalannya. Ini termasuklah segala ideologi atau isme yang menjadi ikutan dan pegangan manusia hari ini serta semua fahaman yang membenarkan segala bentuk kemungkaran atau kegiatan yang bersalahan dengan Islam (seperti judi, arak, zina, mendedahkan aurat, percampuran lelaki serta wanita dan sebagainya) di atas muka bumi ini sama ada secara terang-terangan mahupun tersembunyi. (pen.) Mohamad Kamil b. Abd. Majid (2004), “Penyelewengan Aqidah: Punca Dan Implikasinya Kepada Umat Islam”, (Kertas Kerja Seminar Pemantapan Aqidah Peringkat Negeri Selangor, 7 Ogos 2004), anjuran Jabatan Mufti Negeri Selangor, ms. 2.

Merujuk Firman Allah SWT ;
Maksudnya: Barang siapa yang kafir kepada Allah, sesudah dia
beriman (akan mendapat kemurkaan Allah) kecuali orang yang
dipaksa, sedang hatinya tetap beriman. Tetapi siapa yang terbuka
hatinya untuk menjadi kafir, maka mereka akan mendapat murka dari
Allah dan akan mendapat azab yang hebat.
(Surah al Nahl :106)
Maksudnya: “Hanyasanya balasan orang-orang Yang memerangi
Allah dan RasulNya serta melakukan bencana kerosakan di muka
bumi ialah Dengan dibalas bunuh (kalau mereka membunuh sahaja
Dengan tidak merampas), atau dipalang (kalau mereka membunuh
dan merampas), atau dipotong tangan dan kaki mereka bersilang
(kalau mereka merampas sahaja), atau dibuang negeri (kalau
mereka hanya mengganggu ketenteraman umum). hukuman Yang
demikian itu adalah suatu kehinaan di dunia bagi mereka, dan di
akhirat kelak mereka beroleh azab seksa Yang amat besar.”
34. “Kecuali orang-orang Yang bertaubat sebelum kamu dapat
menangkapnya, (Mereka terlepas dari hukuman itu). maka
ketahuilah, bahawasanya Allah Maha Pengampun, lagi Maha
Mengasihani.” (Surah al-Maidah: 33-34)

Maksudnya: “Sesungguhnya perkataan yang diucapkan oleh orangorang
yang beriman ketika mereka diajak kepada Kitab Allah dan
Sunnah Rasul-Nya, supaya menjadi hakim memutuskan sesuatu di
antara mereka, hanyalah mereka berkata: “Kami dengar dan kami
taat”, dan mereka itulah orang-orang yang beroleh kejayaan.”
(Surah: al-Nur :51)
Maksudnya: “Dan kalau kau tanyakan kepada mereka, mereka akan
menjawab: kami hanya bergurau dan main-main sahaja.
Tanyakanlah lagi: apakah kamu patut berolok-olok terhadap Allah
dan ayat-ayatNya dan terhadap rasulNya? Jangan kamu mencaricari
alasan kerana sesungguhnya kamu telah kufur sesudah kamu
beriman.”
(Surah al-Tawbah,9:65-66)

Maksudnya: Janganlah engkau mencela orang-orang yang menyeru  selain daripada Allah. Nanti mereka akan bertambah keras memaki Allah dengan tidak berdasarkan ilmu. ( Surah al-An’am : 108)
Maksudnya: Dan ketika Kami perintahkan kepada para malaikat:
sujudlah kalian kepada Adam! Maka mereka pun sujudlah kecuali
Iblis. Dia menyangkal dengan sombongnya. Oleh kerana itu, dia
termasuk golongan orang-orang yang kafir.
( Surah al- Baqarah : 34)
Maksudnya: Sudah Kami ciptakan kamu, kemudian Kami bentuk rupa
kamum lalu kami perintahkan kepada para malaikat, supaya sujud
kepada Adam. Mereka pun sujudlah semuanya, kecuali iblis yang tidak
mahu sujud. Allah berkata: Apa yang menyebabkan kamu tidak mahu
sujud waktu aku perintahkan kepada mu itu? Iblis menjawab:
Bukankah aku lebih mulia daripada dia? Bukankah aku telah Kau
jadikan dari api, sedangkan dia Kau cipta dar tanah? Tuhan berkata:
Pergilah engkau dari syurga ini, Tidak berhak engkau berlaku
sombong begitu di tempat ini. Pergilah engkau dari sini! Engkau
tergolong mereka yang rendah.
( Surah al A’raf: 11-13)
Maksudnya: Kata Tuhan: Hai Iblis, mengapa lamu tidak mahu sujud
kepada manusia yang telah Ku ciptakan? Apakah kau berkepala batu
atau menentang? Jawab iblis: Aku lebih baik daripada dia, sebab aku
Kau cipta dari api, sedang dia Kau cipta dari tanah. Keluarlah kau
dari sini, Kau orang yang terkutuk. Kau akan terus Aku kutuk sehingga
hari kiamat.
(Surah al Sad : 75-76)
Maksudnya: Sesiapa yang tidak menghukum dengan hukum
yang diturunkan olah Allah maka merekalah orang-orang
kafir. ( Surah al Maidah : 44)

Maksudnya: Sesiapa yang tidak menghukum dengan hukum
yang diturunkan olah Allah maka merekalah orang-orang yang zalim.
( Surah al Maidah : 45)

Maksudnya: Dan orang-orang kafir itulah orang-orang yang
zalim. ( Surah al-Baqarah : 254)

Maksudnya: Dan sesiapa yang kufur selepas itu maka
merekalah orang-orang yang fasik.
( Surah al-Nur :55)
Maksudnya: Dan tidak menentang ayat-ayat kami kecuali
orang-orang yang kafir.
(Surah al-Ankabut: 47)
Maksudnya: Seburuk-buruk nama selepas iman ialah fasik.
( Surah al-Hujurat : 11)
Maksudnya: Adakah orang yang beriman sama dengan orang
yang fasik? Bahkan mereka tidak sama!
( Surah al-Sajadah: 18)
Maksudnya: Maka demi Tuhanmu ( Wahai Muhammad)! mereka
tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan engkau
hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul di antara
mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka suatu
keberatan dari apa yang telah engkau hukumkan, dan mereka
menerima keputusan itu dengan sepenuhnya.
( Surah al Nisa4: 65)
Maksudnya: “Allah sama sekali tidak memberi jalan kepada
orang-orang kafir buat menguasai orang-orang yang
beriman.”
(Surah an-Nisa’: ayat 44)
Maksudnya: “Sesungguhnya wali kamu hanyalah Allah dan
rasulnya dan orang-orang yang beriman yang mendirikan solat dan
menunaikan zakat serta mereka tunduk kepada Allah SWT.” ( al-Maidah. Ayat 55)
Maksudnya: Wahai sekalian manusia! Beribadatlah kepada
Tuhan kamu Yang telah menciptakan kamu dan orang-orang
Yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu (menjadi orangorang
yang) bertaqwa.
(surah Al-Baqarah : 21)
Maksudnya: “Wahai orang-orang Yang beriman! Sesungguhnya
(kepercayaan) orang-orang kafir musyrik itu najis”
(Surah Al-Taubah: 28)
Maksudnya: “Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu
dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun; dan Dia
mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta
hati akal fikiran); supaya kamu bersyukur” ( surah Al-Nahl ayat 78 )

Rasulullah s.a.w bersabda dalam hadisnya yang bermaksud:
“Didiklah anak kamu pada tiga perkara : Mencintai Nabi kamu, ahli
baitnya dan membaca al-Quran. Kerana sesungguhnya orang-orang
yang memelihara Al-Quran berada di dalam lindungan sinngahsana
Allah ada hari tidak ada perlindungan kecuali perlindungan Allah
serta para nabiNya dan orang-orang yang suci”.
(Riwayat At-Tabrani)
Rasulullah s.a.w pernah menyatakan tentang hakikat hidup yang dibelenggu
kemiskinan atau kefakiran merupakan suatu wabak yang boleh menyebabkan
seseorang itu boleh menjadi kafir. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang
bermaksud:-
“Hampir-hampir kefakiran itu boleh menyebabkan kekufuran.”
(Riwayat al-Baihaqi)
Segolongan Intelektual menyatakan Pluralisme bermaksud kepelbagaian dan ini tidak menimbulkan masalah dalam Islam. Namun hal ini menjadi bahaya sekiranya menyamakan semua agama sebagai sama. Kini terdapat fahaman yang berkembang iaitu menganggap Islam sama seperti agama lain sedangkan kita wajib beriktiqad bahawa agama yang diterima Allah ialah Islam.
Ini telah ditegaskan menerusi al Quran:
Maksudnya: “ Sesungguhnya ugama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam”
(Surah Ali-Imran: 19)
Pluralisme adalah kewujudan satu pemikiran yang mengiktiraf bahawa semua agama
adalah sama, menuju kepada kemuncak ‘kebenaran yang sama’. Segala bentuk
ibadat, aktiviti agama merupakan ‘bentuk’ yang berbeza- beza. Sebagai contoh,
sekiranya Islam menunaikan ibadat dengan cara solat, dan sebagainya, manakala
penganut Budhha pula beribadat dengan hadir ke kuil, penganut Kristian hadir dan bertafakur di gereja setiap hari Ahad, dan pelbagai lagi bentuk ibadat yang wujud di
muka bumi ini. Menurutnya mereka yang berpegang kepada pemahaman ini, semua
bentuk ibadat itu benar dan diiktiraf, kerana menuju kepada satu ‘kebenaran yang
hakiki’, iaitu Tuhan. Bagi umat Islam Tuhannya ialah Allah .
Fenomena pluralisme perlu dikawal kerana boleh membahayakan akidah
umat Islam. Kesan kritikal yang bakal wujud ialah Islam itu sendiri sudah tidak lagi
dianggap sakral atau agama wahyu yang diturunkan Allah melalui malaikat Jibril a.s
kepada Nabi Muhammad dan agama terakhir yang kekal sehingga hari Kiamat.
Justeru, sebagai umat Islam, pemahaman agama Islam yang benar perlu berpandukan
autoriti yang sah dalam agama dan perpandukan sumber yang benar. Apabila
wujudnya keyakinan bahawa ada agama mahupun pemahaman selain Islam yang
benar. Maka ia tanda umat Islam lemah iman dan hampir kepada syirik mahupun murtad.

Pendidikan merupakan satu wadah yang penting untuk
membangunkan sesuatu masyarakat dalam kehidupan. Tanpa pendidikan seseorang
itu mudah mudah terpengaruh dengan persekitaran. Keadaan ini juga dapat dilihat
dalam gejala murtad. sistem pendidikan yang ada sekarang wajar
diperhalusi lagi. Ibu bapa sekarang perlu peka terhadap pendidikan anak-anak. Ibu
bapa wajib menyerapkan roh dan semangat Islam dalam jiwa anak-anak dan tidak
sekadar tertumpu dalam menjagar prestasi akademik semata-mata. masyarakat
mestilah bertindak pulihkan akidah dengan menguatkan pendidikan agama .
Dakwah merupakan tugas seluruh para utusan Allah. Para utusan ini
mengajak kaum mereka supaya beriman dengan Allah dan hanya mengabdikan diri
kepada Allah. Akan tetapi, tiada pengecualian dalam hal ini. Allah S.W.T memberi
penghormatan kepada umat Islam untuk berkongsi memikul tugas ini bersama
Rasulullah s.a.w. ini jelas menunjukkan bahawa orang yang bertanggungjawab
melaksanakan dakwah ini ialah setiap orang Islam lelaki dan mahupun wanita kerana
mereka umat Islam
Maksudnya: Sesungguhnya ugama (yang benar dan diredai) di sisi
Allah ialah Islam. dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) Yang
diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai ugama Islam dan enggan
menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan
Yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata
kerana hasad dengki Yang ada Dalam kalangan mereka. dan
(ingatlah), sesiapa Yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah,
maka Sesungguhnya Allah amat segera hitungan hisabNya.
(Surah al-Imran :19)
Maksudnya: Dan sesiapa Yang mencari ugama selain ugama Islam,
maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak
dari orang-orang Yang rugi.
(Surah al-Imran :85)
Maksudnya : Oleh itu, hendaklah mereka yang mengingkari perintahnya
(Rasulullah), beringat serta berjaga-jaga jangan mereka ditimpa bala
bencana, atau ditimpa azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (Surah al-Nur 24:63)
Maksudnya: Tidak ada paksaan dalam agama (Islam), kerana sesungguhnya telah
nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur).
(Surah al-Baqarah 2:256)
Tidak ada paksaan dalam agama (Islam), kerana sesungguhnya telah
nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang
tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka
sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang
teguh yang tidak akan putus. dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar,
lagi Maha mengetahui.
(Surah al-Baqarah: 256)

“Keluar dari agama Islam, bercita-cita bercadang keluar dari agama
Islam malah murtad waliya zu billah iaitu perbuatan yang dikutuk dan
amat besar dosanya disisi Allah Taala. Segala tindakan yang
memboleh atau menyokong atau menggambar atau menyetujui
seseorang keluar dari islam adalah tindakan yang boleh memurtadkan
dengan itu tiada harus pada syarak dibenar atau dibuat apa-apa
sokongan membenar ubah nama islam kepada nama bukan Islam
kerana alasan murtad kerana yang demikian itu adalah merupakan
perseyujuan kepada perbuatan murtad tadi”

Golongan ulama perlu memainkan peranan yang lebih sinergi dalam
mendidik dan memberi kefahaman kepada generasi baru berkaitan bahaya gejala
yang merosakkan akidah ini terutamanya gejala murtad kini agar mereka lebih
berwaspada dengannya. Golongan ini juga perlu turut bekerjasama dengan agensiagensi
Islam dalam memurnikan pemikiran umat Islam yang menyeleweng terutama
tentang salah faham yang berlaku terhadap agama Islam hari ini. Segala perancangan
jahat kumpulan kuffar ini terhadap umat Islam perlu dibongkar hingga ke akar umbi
dan didedahkan kepada masyarakat supaya masyarakat mengetahui dan waspada
terhadap dakyah yang disebarkan oleh mereka.

Ahli masyarakat seperti jawatankuasa komuniti kediaman perlu memainkan
peranan yang lebih berkesan dalam menangani masalah ini. Jika mereka boleh
bersatu padu dalam menjaga keamanan kawasan kediaman, maka pastinya mereka
juga mempunyai kekuatan dalam menjaga dan turut prihatin dengan masalah akidah
masyarakat setempat. Di sini masjid, surau mahupun balairaya dilihat sebagai tempat
yang paling ideal dalam membincangkan masalah-masalah yang berlaku di dalam
masyarakat serta turut bersama-sama membincangkan cara mengatasi masalah murtad ini.
Selain itu, di antara stategi berkesan untuk menjadikan masyarakat turut serta proaktif
dalam menangani masalah murtad ini dengan menjadikan isu murtad sebagai
isu yang besar serta sentiasa diperkatakan dalam kelompok masyarakat.8 Kesannya
masyarakat akan merasa terpanggil dan bertanggungjawab untuk turut serta
membasmi gerakan ini secara berkelompok atau secara peribadi. Pemikiran
masyarakat juga perlulah diaktifkan dengan isu-isu terkini berkenaan gejala murtad
ini agar masyarakat dapat turut serta dalam menangani masalah ini.
@data suntingan dari kajian tukar agama dalam islam

Comments

Popular posts from this blog

Penggemar seni suara merbuk /perkutut Thailand/Siam

JUSTLY SHARING

ASAS BERTIKTOK