JKMM - SEPINTAS LALU TENTANG KERJA SOSIAL

بسم الله الر حمن الر حيم



Kebajikan sosial adalah elemen penting dalam menentukan keharmonian kehidupan masyarakat kerana merupakan inti kepada konsep pembangunan sosial masyarakat negara. Mengikut Midgley (1995), pembangunan sosial adalah  change designed to promote the wellbeing of the populations as a whole in conjuction with a dynamic process of economic development…”.  Gordon, 1994; Midgley dengan keadaan persekitaran yang selamat, kepuasan menyeluruh terhadap penyediaan keperluan asas dan memaksimumkan peluang mobility.
Dengan itu, masyarakat bebas untuk membangunkan potensi diri, terlibat secara aktif dalam aktiviti yang dilaksanakan dan
seterusnya dapat menyumbang kepada masyarakat. Menurut Rahimah dan Mohamed Yusof, 2002, pada umumnya, tahap kehidupan masyarakat di Malaysia telah meningkat dengan agak baik, hasil kadar pertumbuhan ekonomi yang baik. Walau bagaimanapun, pertumbuhan tersebut tidak dapat mengenalpasti kualiti sosial sehingga terdapat segolongan insan yang terpinggir kerana tidak dapat menikmati kehidupan sosial dengan berkesan. Di Malalaysia, amalan kerja sosial lebih dikaitkan dengan program dan aktiviti yang dijalankan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKMM). Di samping itu,  JKMM dikatakan merupakan agensi terbesar kerja sosial yang menggunakan tidak kurang daripada 3000 orang pekerja ketika ini. Ekoran daripada itu, kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk mengkaji peranan JKMM, kekuatan dan kelebihan bagi aktiviti, program yang telah dijalankan serta isuisu yang timbul atau cabaran–cabaran yang dihadapi dalam proses melaksanakan tanggungjawab dan tugas.
Cadangan cadangan juga akan diutarakan dengan harapan dapat memperkasakan dan memartabatkan lagi kedudukan dan peranan Jabatan Kebajikan Masyarakat dalam mencapai matlamat demi kesejahteraan masyarakat umum .

Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKMM) telah ditubuhkan pada tahun 1946. Dalam jangka masa 62 tahun, JKMM telah mengalami evolusi dalam memenuhi peranannya di dalam pembangunan negara.

Bermula dengan penglibatan menangani pelbagai masalah yang timbul akibat Perang Dunia Kedua, peranan dan fungsi jabatan ini telah berkembang kepada perkhidmatan pencegahan dan pemulihan dalam isu isu sosial serta pembangunan masyarakat.
Sebagai salah satu agensi kerajaan yang memainkan peranan penting dalam ia telah di tempatkan di bawah beberapa kementerian iaitu

Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaya (1946 - 1951),
Kementerian Perusahaan dan Perhubungan Sosial (1952 - 1955),
Kementerian Kesihatan dan Kebajikan Masyarakat (1956 - 1957),
Kementerian Buruh danKebajikan Masyarakat (1958 - 1959),
Kementerian Kesihatan dan Kebajikan Masyarakat(1960 - 1962),
Kementerian Buruh dan Kebajikan Masyarakat (1963),
Kementerian Kebajikan Am (1964),
Kementerian Kebajikan Masyarakat Malaysia (1982),

Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat(1990) dan mulai tahun 2004 hingga kini JKMM diletakkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Evolusi penjenamaan perkhidmatan kebajikan di bawah kementeriankementerian yang silih berganti tetap tidak merubah konsep asal pembentukan jabatan ini iaitu berteraskan konsep kerja sosial.

Menurut Dato’ Sayed A. Rahman Sayed Mohd, 151 kerja sosial adalah suatu profesyen yang memupuk perubahan sosial, menyelesaikan pelbagai masalah perhubungan antara individu atau manusia dan seterusnya memperkasakan serta membebaskan manusia ke arah kesejahteraan hidup. Dengan menggunakan pelbagai teori perlakuan manusia dan sistem sosial, kerja sosial terlibat pada ketika dan dipelbagai tahap interaksi manusia dengan persekitaran kehidupannya.

Prinsip asas kerja sosial adalah prinsip kemanusiaan dan keadilan sejagat (definisi yang diterima pakai IFSW General Meeting in Montreal Canada, July 2000). Berasaskan definisi tersebut kerja sosial adalah sesuatu yang intrinsik dalam kehidupan harian manusia. Ianya berkaitan rapat dengan perkembangan potensi manusia. Ianya berkaitan rapat dengan perkembangan potensi manusia dan juga sebagai ‘human capital’. Tidak salah jika dikatakan bahawa kerja sosial seterusnya kerjaya profesyen kerja sosial adalah sesuatu yang amat diperlukan dalam keadaan dunia yang sedang mengalami perubahan sosioekonomi dan politik yang pesat dalam bentuk globalisasi dan ledakan teknologi maklumat. Hakikat ini dibuktikan dengan peranan dan kepentingan perkhidmatan kerja sosial ini sejak sebelum negara mencapai kemerdekaan sehingga ke hari ini. Secara amnya, pembentukan jabatan kebajikan berlandaskan kepada prinsip prinsip berikut:

Moto
Berkat Berjasa

Misi
Membangun masyarakat ke arah kesejahteraan sosial

Visi
Masyarakat sejahtera dan penyayang

Objektif
i. Memberi perlindungan dan pemulihan kepada kumpulan sasar jabatan.
ii. Membangunkan masyarakat melalui perubahan sikap dan peningkatan keupayaan untuk berdikari.
iii. Mewujudkan masyarakat yang berbudi dan penyayang.
iv. Meningkatkan kesejahteraan masyarakat melalui perkhidmatan kebajikan dan pembangunan sosial yang profesional dan perkongsian tanggungjawab yang strategik.

KERANGKA KONSEPTUAL KEBAJIKAN SOSIAL

Haris Abd Wahab (2003) menjelaskan konsep kebajikan sosial telah mula dibincangkan semenjak tahun 1960an lagi. Walau bagaimanapun konsep ini masih lagi kabur. Ini kerana konsep kebajikan sosial yang ada, membawa makna yang berbeza (Migley, 1995, 1997). Secara umumnya kebajikan sosial mengandungi dua pengertian:
i. Kebajikan sosial dilihat sebagai satu sistem kegiatan yang teratur bagi berbagai perkhidmatan sosial yang tujuannya untuk membantu individu dan kelompok mencapai kualiti hidup yang lebih memuaskan (Friedlander, 1961).

ii. Kebajikan sosial dilihat sebagai satu keadaan yang sejahtera mencakupi aspek fizikal, mental dan sosial (United Nation, 1960). Berdasarkan kepada keduadua pengertian tersebut, Skidmore (1971) telah mendefinisikan kebajikan sosial sebagai sat usaha untuk merubah atau meningkatkan keadaan yang sejahtera, baik dari segi fizikal, mental dan sosial.

Beberapa gerakan pemikiran dalam bidang kebajikan sosial telah mengembangkan pengertian kebajikan sosial dan cuba mengaitkannya dengan pembangunan sosial. Terdapat tiga pendekatan terhadap tujuan penyediaan kebajikan sosial, iaitu risidual, institutional (Wilensky dan Lebeaux (1995), dan development (Dolgoff, Feldstein & Skolnik, 1997).

Konsep risidual merujuk kepada bentuk perkhidmatan sosial yang berkaitan dengan pemecahan masalah sosial dan patalogi sosial dengan usaha untuk membantu menyesuaikan dan memulihkan seseorang atau keluarga sesuai dengan nilai dan norma masyarakat. Berasaskan kepada model ini Titmuss (1974) menjelaskan bahawa model risidual berfungsi sebagai alat untuk memenuhi keperluan tertentu di dalam masyarakat tanpa mengambil kira pertimbangan nilai seseorang ataupun keluarga dan juga tanpa mengambil kira sama ada mereka mengalami masalah sosial atau tidak (Titmuss, 1974).

Mengikut Dolgoff et. al. (1997) konsep developmental adalah berkemungkinan untuk sesuatu masyarakat membentuk institusi kebajikan sosial bertujuan untuk mencapai kehidupan yang lebih baik, memenuhi keperluan pembangunan manusia. Tindakan yang diambil ini tidak semestinya untuk menyelesaikan masalah. Secara umumnya terdapat tiga perspektif utama yang membincangkan kebajikan sosial iaitu:
·   Pendekatan pembangunan sosial
·  Pendekatan derma sosial
·  Pendekatan kerja sosial (Midley, 1995).

sedutan  : Seminar Kaunseling Keluarga




SIAPAKAH SYI‘AH ?????

Syi‘ah ialah golongan yang mendakwa Sayyidina ‘Ali lebih utama daripada sahabat-sahabat lain dan mereka mengkafirkan kesemua sahabat kecuali beberapa orang sahaja. Inilah perkara pokok yang membezakan golongan Syi‘ah daripada golongan-golongan yang lain. Terdapat beberapa aliran di dalam Syi‘ah itu sendiri tetapi pada dasarnya masing-masing mempunyai konsep yang tersebut di atas iaitu mengkafirkan sahabat. Risalah ini akan memberikan tumpuan kepada Syi‘ah Imamiyyah Ithna ‘Asyariyyah (Syiah Imam 12) kerana kekeliruan yang timbul di dalam masyarakat sekarang ini ialah berhubung dengan Syi‘ah Imamiyyah Ithna ‘Asyariyyah. Syi‘ah inilah yang dipertikaikan oleh para ‘ulama’ di setiap tempat pada masa ini. Mereka adalah ramai bilangannya dan agak popular terutamanya selepas tercetusnya revolusi Iran. 

Syi‘ah Imamiyyah Ithna ‘Asyariyyah ialah Syi‘ah yang mempercayai 12 orang imam :
1. ‘Ali bin Abi Talib (wafat 40 H)
2. Hasan bin ‘Ali (wafat 50 H)
3. Husain bin ‘Ali (wafat 61 H)
4. ‘Ali Zainal ‘Abidin bin Husain (wafat 94 H)
5. Muhammad al-Baqir bin ‘Ali Zainal ‘Abidin (wafat 117 H)
6. Ja‘far as-Sadiq bin Muhammad al-Baqir (wafat 148 H)
7. Musa al-Kazim bin Ja‘far as-Sadiq (wafat 183 H)
8. ‘Ali ar-Ridha bin Musa Kazim (wafat 202 H)
9. Muhammad al-Jawaad bin ‘Ali ar-Ridha (wafat 220 H)
10. ‘Ali bin Muhammad al-Jawaad (wafat 254 H)
11. Hasan bin ‘Ali al-‘Askari (wafat 260 H)
12. Muhammad bin Hasan al-‘Askari al-Mahdi (ghaib 260 H) 

 ( BETUL KE .? Lihat episod akan datang .)

syiah-di-malaysia
hukum-mengenai-pernikahan-ahl-al-sunnah-wa-al-jamaah-dengan-penganut-syiah-perlis
fatwa-mengenai-ajaran-syiah-kelantan
wajib-berpegang-dengan-aqidah-ahli-sunnah-wal-jamaah-ke-arah-membendung-pengaruh-syiah
membendung-pengaruh-syiah-di-malaysia-wilayah-persekutuan
ke-arah-membendung-pengaruh-syiah-di-sarawak
perkembangan-fahaman-syiah-di-selangor
membendung-pengaruh-syiah-di-malaysia-terengganu
fatwa-mengenai-fahaman-syiah-pulau-pinang
ke-arah-membendung-pengaruh-syiah-di-malaysia-negeri-sembilan

Comments

Popular posts from this blog

JUSTLY SHARING

Penggemar seni suara merbuk /perkutut Thailand/Siam

ASAS BERTIKTOK