PEMULIHARAAN SUMBER DAYA HUTAN

بسم الله الر حمن الر حيم

Pemuliharaan Dan Pemeliharaan Sumber Daya Hutan Untuk  Kesinambungan Kehidupan Masyarakat Orang Asal Semenanjung Malaysia
Masyarakat Orang Asli di Semenanjung  Malaysia memang di ketahui umum  diserata dunia  dan biasa  dikaitkan dengan hutan, samada hutan di Ulu Sungai, Hutan Paya Tasik dan Hutan Paya Bakau . Sebab  itulah kebanyakan orang mengelarkan “ Orang dalam ” atau orang hutan sebagaimana  juga  gelaran salah satu suku kaum Orang Asli di Semenanjung  iaitu “ Mahmeri ” bermaksud orang hutan , “ Semaq Beri ” dan begitu juga di negeri  Pahang . Suku kaum MahMeri sebenarnya dikenali sebagai  suku kaum Hemak Betisik.

Kehidupan Orang Asli memang sebati  dengan persekitaran hutan, disebabkan sosio ekonomi, seni budaya dan perubatan mempunyai kaitan yang  rapat dengan persekitaran hutan , walaupun diantara ada  yang telah menyesuaikan diri dengan kehidupan   di bandar  . Memandangkan kehidupan Bandar lebeh mencabar dan pencarian sarahidup  memerlukan ketahanan mental  , sebahagian  tidak dapat mengadaptasikan kehidupan mereka dan  mereka  kembali semula  ke kampung atau masuk ke dalam hutan untuk  berburu, memancing, mengutip buah-buahan, sayuran dan herba  sambil ( mententeramkan jiwa ) jesteru  kerinduan mereka  dengan alam semula jadi.

BUDAYA DAN ADAT BAGAI UNDANG-UNDANG
 Kebanyakan Orang Asli selalunya mengenalpasti tumbuh-tumbunan seperti pokok buah buahan, herba, sayur-sayuran dan pokok-pokok untuk kegunaan harian seperti upacara kebudayan, upacara perubatan dengan menanam di sekelliing rumah atau di kebun dan  kebanyakannya di tanam di dalam hutan kawasan penempatan mereka. Itulah sebabnya pihak berkuasa hutan mengaitkan pokok durian hutan, petai hutan, tampoi hutan dan sebagainya. Padahal Orang Asli menanamnya di masa lampau kerana faktor tanah tidak di gezet dan juga Orang Asli menanam tidak mengikut barisan atau bersistem. Pihak perhutanan menganggap pokok liar dan juga Orang Asli mengutip buah durian liar dan petai liar lalu dikenakan cukai di setengah tempat.
Terdapat beberapa suku Orang Asli seperti Temiar, Mahmeri (Hemak Betisik) dan juga Semai sekiranya menebang atau memusnahkan hutan secara membakar dengan sengaja dilarang sama sekali melainkan ia diguna pakai begitu juga membunuh binatang.
 Sekiranya membuka ladang baru jika membersih hutan mereka mesti meninggalkan sebatang pokok di hujung atau di pangkal ladang mereka biasanya pokok yang lebih besar dan unik (pokok yang di minati burung) dari yang ada.
Begitu juga halnya bila kerja membakar ladang baru atau yang lama mereka pastikan kebakaran hutan dengan mengambil kira musim dan kedudukan angin tidak ketinggalan juga pastikan binatang kecil atau besar dengan berserapah sebelum kerja membakar (semalaman ).
Penangkapan binatang buruan Orang Asli tidak di bolehkan menburu binatang yang terperangkap dalam hutan kecil (didalam kampung) pastikan binatang tersebut lari ke hutan barulah di bunuh.
Begitu juga menuba ikan dengan akar tuba anak sungai, di ulunya di buat empangan menahan air barulah di tuba dan setelah selesai empangan di hulu mesti pecahkan supaya ikan-ikan yang masih kuat atau menyorok dalam lumpur hidup setelah air yang bersih megurangkan kesan tuba atau meghanyut ke muara maka kesan tuba akan hilang.
KESEDARAN
Langkah-langkah yang diambil oleh Orang Asli terhadap Pemuliharaan Hutan dan Alam Semula Jadi menggalakan dengan adanya peluang ekonomi terhadap mereka dengan kerjasama dengan Badan-badan NGO dan juga menubuhkan persatuan di penempatan mereka untuk mengeksploitasi hutan, sungai,tasik semula jadi seperti di Kampung Peta di Johor, Tasik Banding di Perak, Tasik Bera dan Tasik Cini, Pahang dengan memohon latihan teknikal dan pembiayaan dari Dana Kerajaan dan Antarabangsa untuk merealsasikan impian mereka.
Ramai di kalangan Orang Asli Muda telah bercerita dengan peluang ekonomi tentang pokok herba, Tongkat Ali dan Getah Gaharu yang menguntungkan ingin menanam di ladang mereka, ini satu dari pendekatan yang baik kerana tidak bergantung kepada pokok semula jadi untuk sara hidup mereka.
Sumber : Persatuan Kesenian Dan Warisan Orang Asli

Comments

Popular posts from this blog

Penggemar seni suara merbuk /perkutut Thailand/Siam

JUSTLY SHARING

ASAS BERTIKTOK