PEMERINTAH MESTI BANGKIT MERUBAH WAJAH MESJID

بسم الله الر حمن الر حيم
Paparan beberapa buah Mesjid  dan masih banyak lagi Mesjid menggamit pemandangan dan keindahan
persekitaran kita diserata pelusuk negara , ekoran isu isu yang timbul tentang keujudan serta tujahan untuk memurnikan persekitarannya , Pemerintah mesti bangkit untuk merubah wajah wajah Mesjid ini demi kesinambungan wacana dalam memangkinkan peradaban dan kemajuan selari dengan kemerdekaan dalam membudayakan kemegahan tempat suci Islam agar terus mekar dan tidak hanya indah disegi pelancungan. 

Persekitaran Mesjid yang luas terbentang perlu dilestarikan dengan kegiatan ekonomi Islam dalam membangunkan masyarakat setempat agar jiwa masyarakat makin dekat , bukan setakat tempat solat dan majlis berucap lantang sekejap sekejap .Pihak Pengurusan Mesjid mesti membuka minda untuk mengembangkan usaha usaha mempelopori aktiviti ekonomi , memandangkan kawasan sedia ada sedia dibangunkan dengan prasarana ruang perniagaan  dan apajua bidang yang memungkinkan pendapatan dalam membangun dan memertabatkan sumber pendapatan Mesjid perlu dikembangkan . Masyarakat setempat pasti akan menjadikan Mesjid sebagai hub kehidupan mereka dan sudah tentu ini akan menyemarakan lagi suasana persekitarannya. 

Tidak dinafikan setengah Mesjid telah pun berusaha kearah itu ,  jesteru pemerintah  dan kepemimpinan termasuk individu muslim mesti ikhlas dan rela memberikan bantuan dan menyumbangkan kepakaran demi memacukan peredaran kemodenan dalam membangunkan masyarakat . Intelektual Islam mesti berani bangun membuat kajian untuk dimanfaatkan seluruh umat Islam . Jika ini dapat dilaksanakan pasti Mesjid akan bertukar wajah dan terus mekar melakar sejarah ketamadunan Islam. CONTOHILAH MEKAH ALMUKARAMMAH DAN MADINA AL MUNAWARAH .


MESJID NEGARA

MESJID PERSEKUTUAN


 PENANG

 JOHOR


 KUALA LUMPUR


MARANG TERENGGANU


BATU PAHAT

MERSING

TERENGGANU

PERLIS

PENANG

DUNGUN

Muga kita akan terus menghayati sebahagian warna warni kehidupan dan wangian yang mendambakan keindahan dalam percaturan kehidupan . Sebahagian laman untuk kita kongsikan agar minda kita akan terus segar .  JEJAKILAH WANGIAN  ITU BERSAMAKU.

rujukan @browser@ google

Comments

Popular posts from this blog

Penggemar seni suara merbuk /perkutut Thailand/Siam

JUSTLY SHARING

ASAS BERTIKTOK