CABARAN ISLAM LIBERAL DI MALAYSIA

بسم الله الر حمن الر حيم

CABARAN ISLAM LIBERAL DI MALAYSIA
Istilah “Islam Liberal” pertama kali digunakan oleh orientalis Barat seperti Leonard Binder dan Charles Kurzman. Hanya saja Binder menggunakan istilah “Islamic Liberalism” dalam bukunya ” Islamic Liberalism : Critique of Development Ideologies” , (Chicago, The University of Chicago Press, 1988) sedangkan Kurzman menggunakan istilah Islam Liberal dengan bukunya : “Liberal Islam – A Sourcebook” (New York, Oxford University Press, 1998).
Secara tersirat nampak bahawa istilah “Islam Liberal” adalah istilah yang dicadangkan oleh orientalis Barat, sehingga seakan-akan Islam liberal itu merupakan satu mazhab dalam Islam. Padahal makna “Islam liberal” itu adalah pemikiran liberal terhadap Islam, atau pemikiran yang berupaya me “liberal”kan umat Islam dari ajaran Islam yang sudah tetap sebagaimana yang telah disepakati oleh Ahlussunnah waljamaah seperti dinyatakan dalam kitab Aqidah Nasafi : “Haqaa iqul asy ya’ tsabitah wa ilmu biha mutahaqqiqun”,
Hakikat setiap perkara itu adalah tetap, dan ilmu mengeainya dapat dicapai ”. (Syed Muhammad Naquib al Attas, The Oldest Known Malay Manuscrip : A 16th Century Malay Translation of the Aqa’id al-Nasafi, 1088 , m.s. 101) Oleh sebab itu Islam liberal bukan bagian dari pemikiran Islam tetapi pemikiran yang ditujukan untuk merosak nilai-nilai dan ajaran Islam baik dalam bidang akidah, syariah dan akhlak. Oleh sebab itu umat Islam harus waspada sebab istilah “Islam liberal” bukanlah mazhab dalam Islam, malahan merupakan pemikiran yang merosak Islam dengan bertopengkan istilah Islam.
Terlebih lagi istilah Islam liberal itu merupakan cadangan orientalis sebagaimana lanjutan istilah yang lain seperti Islam fundamentalis, Islam moden dan lain sebagainya. Istilah tersebut mulai dikenal masyarakat setelah terbitnya thesis doktor di Monash Universiti yang ditulis oleh Greg Barton pada tahun 1995 dengan topik The Emergence of Neo-Modenism : A Progressive, Liberal Movement of Islamic Thought” yang diterjemahkan dalam bahasa Indonesia: “Gagasan Islam Liberal di Indonesia : Pemikiran Neo Modenisme Noorkholis Madjid, Djohan Efendi, Ahmad Wahib, dan Abdurahman Wahid”.
Pemikiran Islam Liberal ini kemudian dihebohkan lagi dengan berdirinya Jaringan Islam Liberal (JIL) di Jakarta pada bulan Mac 2001 oleh sekumpulan anak-anak muda muslim yang sudah terpengaruh dengan pemikiran liberal tersebut. Dengan demikian kita dapat melihat bahawa Islam liberal merupakan sebuah gerakan yang ditujukan untuk merosak dan mengelirukan pemahaman umat Islam terhadap ajaran agamanya.


Capaian itu mudah , tidak dikunci anda bisa menilai sendiri , Ilmu itu bisa dipelajari  dan diketahui dalam jajaran media maya ini , asal usaha dan mahu mencari . selidikilah dengan matahati.


“Aliran pemikiran Islam Liberal dan fahaman pluralisme agama (menyamakan semua agama/mengakui kebenaran semua agama) sebagai penyimpangan serius dan berbahaya. Ia adalah sebahagian daripada agenda al-ghazw al-fikriyy (serangan pemikiran) yang didalangi oleh kaum orientalis dan dilatari oleh pengaruh faham asing seperti sekularisme, modenisme dan pascamodenisme. Pemikiran liberal dan plural dalam konteks tersebut jelas menggugat pokok-pokok ajaran Islam serta mencemarkan kemurnian dan ketulenannya, termasuk:
a) Mencemarkan kemurnian tauhid (teras akidah Islamiyyah).
b) Menggugat kemutlakan al-Quran sebagai kitab suci, wahyu Ilahi (kalamullah).
c) Menggugat martabat kerasulan dan keluhuran peribadi Nabi Muhammad SA W
d) Menggugat autoriti al-Sunnah dan ijmak ulama.
e) Menggugat keunggulan syariat dan kedaulatannya.
sama sama kita jejaki mutiara yang makin pudar dan warnai laman dengan wangian demi kebersamaan minda dan wacana alam maya tanpa sempadan .

Comments

Popular posts from this blog

Penggemar seni suara merbuk /perkutut Thailand/Siam

JUSTLY SHARING

ASAS BERTIKTOK