ayam hutan


Ayam hutan sering didambakan penggemarnya walaupun ianya spesis yang dilindungi Perhilitan . Kegiatan yang memang popular dikalangan masyarakat setempat untuk memelihara ayam hutan tidak mengira suku kaum bukan sesuatu yang menyebabkan kepupusan ayam hutan . Kepupusan ayam hutan rata rata disebabkan pembangunan dan penerokaan hutan . Kegiatan memikat ayam hutan menjadi satu kegemaran memandangkan ketagihan yang semakin menebal jika aktiviti itu mula menjadi pilihan untuk melepaskan stress kehidupan. Tidak dinafikan aktiviti ini dipandang hanya membazirkan waktu yang terluang, tetapi bagi seseorang yang mula berjinak dengan hidupan ini pasti ianya memberikan satu kepuasan yang tidak terhingga dan sanggup bersusah payah untuk terus aktif dan merasakan keasyikan dengan aktiviti tersebut.

Kelincahan dan keunikan ayam hutan bisa membuat penggemarnya terlalu asyik dan memberikan inspirasi untuk orang lain yang masih berjinak jinak dalam aktiviti ini. Walaupun hidupan ini dilindungi , namun sikap penggemar tidak menghalang mereka untuk meneruskan aktiviti ini secara terbuka. Malah sesetengah penggemar ayam hutan menjadikannya sebagai sumber rezeki untuk mereka dengan membiakkan baka baka yang dianggap baik . Majoriti penggemar amat sinonim dengan keunikan ayam hutan untuk dijadikan induk dan pikat yang digarapkan bolih menandingi ayam hutan liar dengan nada sahutan yang nyaring dan memerangkapnya .

Akviti ini memang amat mengasyikan walaupun masa yang diambil kekadang agak lama untuk menunggu ketibaan pesaingnya . Aksi yang sebentar saja bisa menyebabkan penggemarnya leka jika siliar bisa hadir dan terperangkap diracik yang telah dipasang.

Jesteru disebalik aktiviti ini tersembunyi sesuatu yang amat berharga jika diselusuri secara mendalam , bahkan keindahan warna yang terdapat pada ayam hutan akan menceritakan segalanya . Pergerakkan ayam hutan akan terus dilihat sebagai medan inspirasi kehidupan harian.

Comments

Popular posts from this blog

JUSTLY SHARING

Penggemar seni suara merbuk /perkutut Thailand/Siam

ASAS BERTIKTOK